Monday, February 28, 2011

Tua ke aku ni?

22 comments

Korang tau tak tanda2 yang menunjukkan korang dah tua. Tua kat sini bukan bermaksud tua cam atok nenek tu.. Perjalanan hidup kita akan melalui beberapa stage. Stage yang pertama adalah baby, tapi ada sestengah orang sampai tua pun jadi baby lagi sebab bopren/gepren diorang panggil diorang baby lagi. Seterusnya kanak2, pastu remaja dan kemudiannya tua.. So, tua kat sini subjektif. Kita tak tau bila tua ni start ,tapi ending dia bila kita dah tak bernyawa nanti.

So berdasarkan pengalaman aku, aku tau aku dah tua bila perkara2 ni terjadi kat aku.

1) Bila bebudak terserempak ngan aku, diorang panggil aku pakcik. (Nak je aku sekeh bebudak tu..)

2) Bila nak pilih year of birth dalam online form, aku terpaksa scroll jauh ke bawah.

3) Bila aku tgk drama tv, pelakon yg sama umur ngan aku berlakon jadi bapak/mak budak.

Korang rasa korang dah tua? Apapun, hati aku masih muda.. Btw, aku bukannya tua sangat.. Belum 30 pun lagi..





Sorry, yek

14 comments

Aku nak tanya ni.. Korang senang tak nak mintak maaf? Kadang kadang bukan silap kita, tapi untuk meng'cool' kan suasana, kita akan mintak maaf gak, kan.. Aku lak slalunya bergantung kepada keadaan. Bergantung kepada orang yg aku mintak maaf. Kadang2 senang, kadang2 susah gak... Selalunya senang je nak mintak maaf ngan orang luar, tapi klau ngan sedara sendiri atau bini, susah btul.. Sebab ego ke?

Ada orang kata 'Saying you're sorry is a sign of weakness'. Tapi bagi aku statement tu merepek. Klau kita berani cakap sorry, itu menandakan kita ni kuat lar patutnya, sebab bukan senang nak cakap sorry.

Apa kata korang?

p/s: Aku tak faham lar, cemana blogger2 yang otai otai macam korang yg tgh baca ni ada idea untuk update blog korang hari2.

Sunday, February 27, 2011

Nuff Vs Adsense

14 comments


VS



Aku dah lama tak dapat campaign dalam Nuff ni.. Rasa cam nak tukar pun ader.. Korang rasa kenapa yek? Tak best ke blog aku? Aku tau lar blog aku tak seotai blog2 lain, tapi bagi can ah sket..

Kalau pakai adsense, sekejap jer dapat duit.. Tapi tak sebanyak Nuff lar kot.. Korang ada experience pakai Adsense tak? Mana lagi best? Aku rasa cam nak tambah iklan Adsense tapi sayang lak ngan satus Glitterati tu..

So korang rasa mana lagi best? ke sama jer?

Merantau ke Taman Arnab

9 comments
Semalam aku tak update sebab aku gi merantau. Merantau ke Negeri Sembilan jer. Sebenarnya gi melawat makcik2 aku. Untuk pengetahuan korang, mak aku orang n9. So, aku ada banyak makcik yg still tinggal kat sana.

Tujuan utama aku gi n9 semalam adalah disebabkan tahap kerinduan yang melampau terhadap daging salai masak lemak. Muahahaha.. Sedap wooo makcik aku buat..

Kebetulan lak, salah sorang makcik aku ni pencinta arnab. Kawasan rumah dia dah macam taman arnab dah.. Baby arnab pun ada berpuluh2 ekor.. Series... Cuba korang tengok..













Tapi klau yg besar tu.. fuhhh.. GORENG PUN SODAP!!!

Thursday, February 24, 2011

GiveAway EdY : KATA KAU!

13 comments
*Update : Sebenarnya aku masuk contest ni sebab di TAG oleh Eja. Sila klik SINI untuk terjah entry tu (Sori, lupa nak gitau)

Contest lagi!!! Kali ni aku nak masuk contest dari Edy. Aku rasa semorang dah tau pasal contest ni. Kepada sesapa yang tau tau, boleh klik SINI untuk ke contest tersebut.



Syarat syaratnya senang jer. Cuma amik banner contest, letak kat blog. Curik satu gambar dari blog beliau, buat caption yang menarik, folo blog beliau, pastu tag sorang kawan.. Senang kan. Takyah susah2 gi amek gambar. Hadiah2 pun menarik nih..

So ini adalah gambar yg aku curik dr blog beliau. Dan dibawah gambar tu adalah caption aku yang ntahapaapantah..



Alamak!!! Terlebih Sudah..


Memandangkan contest ni kena tag sorang, dengan segala hormatnya, aku tag


Kepada yang tak di tag tu, jomlar reramai memeriahkan lagi contest ni

Bila Perempuan Berkata-kata

17 comments
Ini adalah entry counter attack berdasarkan entry cik eira dgn tajuk 'bila lelaki berkata-kata'. Korang boleh tengok entry beliau di SINI.. Aku saja buat untuk merapatkan silaturahim antara blogger.. hahaha..

Kalau lekaki hensem pendiam
Perempuan akan cakap : sombong giler mamat tu, perasan hensem lar tu.. .

Kalau lelaki tak hensem pendiam
Perempuan akan cakap : baik nyer mamat tu !

kalau lelaki hensem berbuat jahat
Perempuan akan kata : lelaki hensem memang semua jahat.. Casanova..

kalau lelaki tak hensem berbuat jahat
Perempuan cakap : dah la tak lawa , perangai pulak huduh . teruknye . benci !

kalau lelaki hensem menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap : hensemnyeerr.. gentleman lagi.. .

kalau lelaki tak hensem menolong prempuan yang diganggu
Perempuan akan kata : nak tunjuk hero lar tu.. terima kasih je lar.. .

kalau lelaki hensem dapat perempuan lawa
Perempuan akan kata : perasan lawa lar tu, aku lagi lawa.. .

kalau lelaki tak hensem dapat perempuan lawa
Perempuan akan kata : padan muka ko, pompuan.. !

kalau lelaki hensem ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : ahah.. aku dah ada chance dah :) .

kalau lelaki tak hensem ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : patut pun kena reject, aku pun tak hingin

kalau lelaki hensem sayang binatang
Perempuan akan cakap : sweetttttttt....

kalau lelaki tak hensem sayang binatang
Perempuan akan cakap : lembut ke? tak pun mesti gay kan.i .

kalau lelaki hensem bawa BMW
Perempuan akan cakap : wow.. hensem + gentleman btul mamat tu.. .

kalau lelaki tak hensem bawa BMW
Perempuan akan cakap : bapak dia punya kereta lar tu .

kalau lelaki hensem tak mau bergambar
Perempuan akan cakap : control macho btul.. Benci!.

kalau lelaki tak hensem tak mau bergambar
Perempuan akan kata : sko tanak, aku pun tak hingin .

kalau lelaki hensem menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap : wow.. gentleman, rare breed nih.. .

kalau lelaki tak hensem menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap : tak payah lar, aku leh tuang sendiri .

kalau lelaki hensem bersedih hati
Perempuan akan cakap : kesian.. jangan sedih, aku kan ada.. .

kalau lelaki tak hensem bersedih hati
Perempuan akan kata : ko nak bunuh diri pun aku tak heran .

kalau lelaki hensem masak
Perempuan akan kata : sedapnyeerrr.. (walaupun lepas tu muntah2) .

kalau lelaki tak hensem masak
Perempuan akan cakap : ko rasa sedap ke ko masak nih??

kalau lelaki hensem main-main miss call
Perempuan akan kata : wow aku ada peminat.. .

kalau lelaki tak hensem main-main miss call
Perempuan akan cakap : siap ko, aku bar nombor ko dari call hp aku

kalau lelaki hensem hantar-hantar email
Perempuan akan kata : sukenya . mesty syok kat aku lah ni .

kalau lelaki tak hensem hantar-hantar email
Perempuan akan cakap : SPAMMMM!!! .

Cemana? Korang termasuk tak dalam golongan nih?

p/s: Entry ini adalah untuk hiburan semata2. So takyah lar sesapa pun nak terasa, kay..

Wednesday, February 23, 2011

Early Update

7 comments
Arini aku start update awa;. Kenapa? Sebab arini aku tak masuk ofis. Aku kena gi conference mengenai Windows Mobile 7 kat Microsoft office @ KLCC. Windows Mobile 7 ni adalah the latest operating system dari windows untuk smart phone. Klau aku rajin, malam nanti aku kan update pasal event ni. Tapi klau aku malas, esok je lar...

Aku sebenarnya malas nak gi KLCC pagi pagi. Aku stay kat Cheras. Seperti kebanyakan orang tahu, Cheras housing area. Banyak orang tinggal kat sini, tapi kerja kat tengah KL tu. So faham2 je lar.. Jem nyer teruk btul.. Aku budget aku sampai klcc dalam masa 1 jam setengah. Padahal bukan jauh pun.

Yang best nyer, conference macam slalunya ada giveaway yg best2. Tapi slalunya kena jawab soklan dulu atau sometimes ada lucky draw. Lat time aku pergi aku dapat, Windows 7 Ultiimate and PSP special edition. So harap2 ada lar rezeki aku lagi ari.. :)

Sampai bertemu lagi..

Tuesday, February 22, 2011

Panjat Dinding

17 comments
Pagi tadi aku tak sempat nak update.. Sebabnyer, aku masuk ofis lewat.. Maklumlar, bos tengah takder.. Dalam kul 12, baru sampai. Sampai2, bukak laptop, kluar balik gi wall climbing kat Putrajaya Challenge Park. Korang permah gi tak? Korang tau tak, itu adalah indoor climbing yang terbesar kat asia.

Aku gi sana dalam seminggu skali jer. Tak larat nak gi tetiap ari. Aku pun bukannya terer nak panjat2 dinding ni.. Baru belajar lagi.. Adalah dalam 6 bulan. Klau gi memalam, ramai orang.. Klau gi siang2 hari bekerja memang takder orang. Klau ada pun, maknanya orang tu student atau curi tulang cam kitorang... Sebab tu aku suka gi siang2.. Kasut climbing pun aku beli kat ebay jer.. Murah sket

Meh kiter tengok shot2 gambar kat situ.

Ini adalah wrist tag. Bila korang bayar, korang dapat benda ni. Ni warna untuk student sebenarnya. Walaupun aku dah lama tak jadi student, aku still gunakan student card kolej lama aku bagi menampakkan ke'student'an aku. Student kena bayar RM3 jer. Normally RM6. Harga peralatan dikira berasingan.


Yang ni lak adalah wall2 yang ada kat situ.. Ada banyak lagi, tapi aku amik gambar 2 jer.. Kedekut memory card..

So, korang2 yang tak nah pergi tu, sila lah pergi yek.. Klau nak pergi, jangan lupa ajak aku skali..


Monday, February 21, 2011

Hari Berfikir Sedunia

17 comments

Korang tau tak, hari ni sebenarnya ada hari 'World Thinking Day'. Perayaan ini selalunya disambut oleh Girl Scout. Tujuan hari ini diadakan adalah supaya kita dapat berfikir mengenai kawan2 kita, tentang masalah2 yang terjadi di other part of the world dan juga dapat bertindak diatas apa yg kita fikirkan..

Korang faham ker apa yang aku tulis kat atas tu.. Aku pun tak faham.. Haha.. Susah btul aku nak terangkan pasal world thinking day tu. Aku lak skrang tengah fikir pasal apa nak buat satu hari ni sebab bos aku takder.. Kerja pun dah tak banyak dah.. haha.. Ingat nak kluar jap gi jenjalan ke, wall climbing ker, apa ker.. Tengok ah camna nanti..

Korang lak tengah fikirkan pasal apa?

Aku Bukan Otai

11 comments
Rasa cam best lak bila Bro Hasrul masukkan blog aku kat entry dia. Klik SINI untuk ke entry terssebut. Sebab aku anggap dia ni antara otai-otai yang menarik cara penulisannya. Nama blog pun menarik -> Bangku Kosong. Nak tau apa maksud Bangku Kosong, korang gi lar terjah blog dia sebab aku pun taktau maknanya. Ni link blog beliau


Tapi apapun aku sebenarnya bukan otai blog, seperti Bro Hasrul tu cakap. Walaupun blog aku ni dah start sejak 2009, jumlah entry aku baru 100++. Aku start berblog mula2 dulu sebab lecturer English aku dulu, Mr Mus, galakkan kitorang berblogging. Siap ada extra marks lagi.. Haha.. Sebabtu, klau korang tgk entry aku sebelum tahun ni, semua dalam English. Tahun ni baru aku start dalam bahasa melayu. Tapi English ke, Malay ke yang penting ikhlas.. Btul tak kengkawan?

So kepada otai2 blog tu, silalar beri tunjuk ajar, kay..


Sunday, February 20, 2011

My Sleeping Angel Contest

12 comments
Aku nak masuk contest ni lak.. Sebab macam best jer adiahnyer.. Best untuk orang yang ada anak kecik atau adik. Klau takder tu korang leh masuk gak.. Klau menang bagi hadiah tu kat aku.. Jasamu kan ku hargai.. Hahaha..

Korang boleh join contest ni gak dengan pergi ke sini http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/02/my-sleeping-angel-contest.html

Syarat2 contest ni senang jer.. Kena like fesbuk page beliau, folo blog2 beliau, pastu upload gambar budak tgh tido. Last skali tag blogger2 lain..

Disebabkan, contest ni tak menyatakan berapa banyak gambo leh upload, so aku masukkan 2 keping gambo. Harap2, mana yg terbaik akan dipilih...






Dan seterusnya.. Disebabkan contest ni memerlukan 5 orang untuk di tag, ini lar blogger yang aku tag secara RANDOM.. MUAHAHAHA.. Pandai2 korang lar..


p/s:Fesbuk ID : Fadhli Hasim

Aku

14 comments
Semalam aku tak update. Sebabnya aku cuti. Hari sabtu & ahad, aku memang malas sket. Blogwalk pun sket2 jer.. Sorry yek klau aku tak reply comment ker, tak jalan balik ke blog korang ker, apa apa ker.. Aku nak citer sket pasal life aku dalam entry ni..

Siang- siang aku kerja sebagai programmer kat Serdang. Tak best pun kerja programmer ni.. Menambah sakit kepala jer.. Sebab tu aku selalunya blogwalk ngan tulis entry time siang2 hari bekerja.. Kononnya nak rileks sket dari kerja.. Bila aku balik rumah, memang aku jadi malas. Malas ni merangkumi semua termasuklar malas nak update blog.. Aku slalunya tengok tv, pastu tido..Macam tu lar rutin harian aku. Klau cuti lak, awal bulan slalunya aku gi jenjalan ngan family.. Hujung bulan, aku duduk umah layan cd jer.. haha.. Biasalar.. Typical Malaysian..

Tapi semalam, dalam kul 12 tghhari, aku gi putrajaya, main badminton kat Dewan serbaguna Presint 11. Ok gak tmpat tu.. Orang tak ramai sebab ada 2 court jer.. Kitorang conquered 2-2 court tu.. Kat bawah ni gambar suasana kat court tu, tapi aku takder dalam gambar, kay.. sebab aku tukang tangkap gambar jer.. :p


Aku sebenarnya takder idea nak tulis entry pagi ni, so aku merepek je lar.. haha.. Terima kasih sebab sudi baca..



Friday, February 18, 2011

My Four

14 comments
Miss Joethel tag aku untuk list kan my FOUR.. So just read along…

four shows you watch
American Idol
Nikita
No Ordinary Family
The Walking Dead

four things you are passionate about
Movies
Coding
Learning New Stuff
Blogging


four phrases you say a lot
Basically..
ye kot..
ntah..
wei..


four things you've learned from the past
Don't judge a book by it's cover
Think before you act
Keep an open mind
First impression is important

four places you would like to go
London
New York
Paris
PENANG!!

four things you did yesterday
work
main pingpong
tgk Astro
Brush my teeth

four things you are looking forward to
New job, definately
New skills
Lots of money
MacBook Pro :p

four bloggers who should share their list of fours
I don't have the specific four but I tag every single one of u who are reading this!
MUAHAHAHAHA

Thursday, February 17, 2011

Pulau Terbaeekkk..

13 comments

First of all, sila tekan 'ctrl' dan click link dibawah ini..


Kemudian scroll down ke point nombor 8 dalam artikel tu...





Untuk orang2 yang malas nak tekan link tu, itu sebnarnya ada lah satu artikel oleh Yahoo travel yang bertajuk


No 8 tu plak, adalah Penang Island.. Woww... Penang pun termasuk dalam list tu.. Dengan tak semena2, rasa best lak jadi orang Penang. Memang aku duduk kat KL.. tapi hometown aku kat Penang. So beberapa bulan skali, aku mesti turun penang sebab nak lawat parents aku.. Sedikit sejarah aku, aku lahir kat penang, tadika di penang, sekolah kat kat penang. Pendek kata, semua kat Penang, Tapi dah besar, aku pindah KL.. Ada gak aku niat nak balik kerja kat Penang satu hari nanti

Aku rasa patutnya dari dulu lagi diorang masukkan Penang ke list tu sebab Penang memang best. Ada nasi kandar, char kue tiow, batu ferringhi, ketapi bukit bendera, pasembor, umah aku, dan macam2 lagi.. Hard Rock Hotel pun ada...

So, pada sesapa yang tak pernah gi Penang tu, sila lar melawat Pulau yang terbest tu.. Korang pernah gi Penang tak?

Mistaken Identity

12 comments

Semalam aku ada terbaca satu artikel dalam paper free feveret aku, TheSun. Artikel tu sebut pasal first impression kita dalam dunia internet. Penulis tu kata, klau kita bubuh nama sendiri untuk kiter nyer profile, ia akan jadi lebih dipercayai oleh orang lain. Klau nak bubuh nickname pulak, sebagai contoh, 'chef79' , orang akan lebih yakin dengan kita berbanding dgn nick seperti 'prince79'.

So, bila aku terbaca artikel tu, aku teringat nama aku dalam blog ni. .. sicKo^.. nick jenis apa tu? Aku rasa macam nak tukar identiti. nak bubuh nama sendiri. Macam Abg Ben kita, terang2 dia bubuh Ben Ashaari. Kebetulan nama dia pun memang ada comersial value.. Secara tak langsung, nama tu main peranan dalam blog dia. Hasil tulisan dia pun memang cun. So kena lar dengan nama dia. Mungkin itu salah satu penyumbang kepada ke'femes'an blog dia.

Nama aku plak Fadhli Hasim. Ada komersial value ke? Macam takder je.. hehe.. Kesimpulannya, aku tgh terfikir sama ada nak guna nama sendiri atau stick dengan 'sicKo^'..

Tolong bagi pendapat sket...

-Fadhli Hasim-

Wednesday, February 16, 2011

Mencari Masa

16 comments

Masa itu emas.. Ye ke? Tapi itu lar yg selalu kiter dengar dari kecik sampai lar skrang.. Tapi, lately, phrase tu dah tak femes dah skrang.. Masa dah jatuh nilai kot.. OKay.. okay.. itu intro jer tu... Tapi aku nak cakap pasal masa. Specifically, pasal masa aku yang tak cukup..

How I wish aku ada lebih masa. Aku sama cam orang lain gak. Bangun pagi-pagi, mandi, gi kerja, balik kerja, tengok tv, pastu tido.. Tapi aku balik kerja pun, kul 8 baru sampai umah. Pastu lepas mandi, makan, tgk jam dah pukul 10. Tgk tv 1-2 jam, dah sampai masa tido.

Masa kat kerja lak, kerja berlambak.. Tapi cemanapun sempat lagi lagi lar tulis blog and blogwalking. Tapi kerja aku rasa macam takleh abis.. Ada jer kerja. Stress gak.. Bila abis 1 kerja, bos bagi kerja lain, sebelum sempat abis kerja tu, team leader bagi kerja lain.. ish...

So kengkawan.. korang ada masa lebih tak yang boleh aku beli? Aku nak beli tambahan 9-10 jam sehari.. Sila bagi sebut harga, okay..

Tuesday, February 15, 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

14 comments
Kali ni, En Ben Ashaari ada buat segmen untuk budak baru belajar macam aku ni.. So aku tanak lepaskan peluang keemasan ni.. Tapi segmen ni bukan untuk blog orang2 femes.. Untuk orang2 yang followers nyer dari 100 sampai 500 jer. Aku sememangnya tergolong dalam kelas tersebut..

So dengan bangganya, aku join lar segmen in. Untuk maklumat lanjut sila klik SINI.

Jom join reramai.. :)

Aku Menang Contest :)

7 comments
Korang tau tak..? Aku pagi2 sampai ofis, cam biasalar, bukak dashboard blog dulu.. Pastu aku nampak entry latest skali dlm dashboard aku bertajuk 'PEMENANG SEGMEN SANTAI AHAD' oleh blog Kak Hidayati.
Memangdangkan aku pun masuk dalam contest tu, aku pun tekan lar link ke situ.. Aku start baca pelan2 dan sampai ke nama pemenang.. Pemenangnya adalah... aku??? Uik.. Aku menang ker? Itu lar contest pertama yang aku masuk dalam dunia blog ni.. Mungkin dah rezeki aku.. First time masuk contest & first time menang. Ni yg buat semangat aku nak masuk contest lagi ni.. So korang paham2 lar.. Entry selepas ini mesti entry contest.. Hehe

Apa2pun, terima kasih Kak Hidayati. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Kepada rakan2 lain tu, sila lar melawat ke blog beliau yek.. Ini link blog..


Best wooo!!!


Sunday, February 13, 2011

Kenapa TMPoint(Serdang) Staff slow sangat???

10 comments

Tadi waktu lunch aku teman kawan aku gi TMPoint Serdang. Dia nak pindah umah, so nak tukar lar streamyx dia bawak masuk umah baru tu. Kitorang gi kul 1, sampai sana dalam 1.10. Orang tak ramai pun kat sana.Mula2 diorang suruh isi borang dulu. Lepas tu amek nombor. Disebabkan org yg tak ramai, nombor yg dapat tu cuma selang 3 nombor jer dr nombor skrang...

Lepas 45 minit tunggu, nombor tu masih tak bergerak.. Customer yg tgh kena attend tu dr tadi ada kat situ jer.. Lembap giler dorang buat kerja.. Sakit ati btul.. 1 jam berlalu, member aku ni pun kena panggil. Lepas dia amik borang semua, staff tu gerak ke komputer lain, katanya nak check sesuatu. Selama stengah jam, aku tgk dia sembang2 ngan kawan sebelah, sambil kadang2 tgk komputer. So aku suruh lar member aku ni tanya dia, kenapa lama sangat. So member aku pergi kat dia & tanya.. Staff tu jawab dia carik alamat tak jumpa..

Setengah jam duduk kat kerusi tu carik alamat jer!!!? Klau tak jumpa kenapa tak refer balik kat member aku tu? Lepas tu baru dia start mintak details kat member aku.. Lastly, kul 3 baru sampai kat ofis balik..

Kenapa staff TMPoint camtuh yek? Aku dah banyak kali dengar complaint tapi ni first time aku ter'experience' plak..

p/s: peristiwa ni berlaku kat TMPoint Serdang.. Takder kena mengena ngan TMPoint lain...


Jangan update blog pagi2

9 comments

Pagi2 aku suka jenjalan.. tapi bukan jalan2 kat luar tu, tapi kat dalam blog. Blogwalking lar.. Aku slalunya start jalan2 ke blog orang2 yang aku follow. Yan aku tak faham, kenapa orang suka update blog pagi2.. Penat woo nak jalan kat banyak2 blog pepagi.

Cuba korang ada kan mesyuarat, untuk bagi shift update blog.. So baru lar rileks sket nak jenjalan.. Sesuku update blog pagi, suku lagi tghhari, pastu petang, dan seterusnya malam.. Kan senang aku nak catch up.. Buat macam PLUS buat kat highway setiap kali musim perayaan tiba, diorang bagi jadual untuk balik kampung..

Slalunya, aku jenjalan ni waktu kerja.. sebab kerja aku dari pagi sampai petang kat depan komputer jer.. Kira paperless btul lar.. Kertas yg aku pakai cuma slip gaji aku jer.. Tgh2 boring buat kerja tu, aku refresh dashboard, tgk saper dah update,.. Selalunya ada jer orang update, sampai tak sempat aku nak baca kengkadang..

Jadi kawan2, sila lar update blog tghhari sket supaya aku senang ber blog walking..

Sekian, Terima Kasih..

Saturday, February 12, 2011

Result Contest Kecik aku

10 comments
Contest kecik aku yg menawarkan hadiah kecik iaitu RM10 topup telah pun ditutup secara rasminya.. Macam2 yang korang teka kan.. Kan hint aku tu suruh zoom gambar tu.. So sapa yg zoom tu mesti dapat jawapan lar.. Sepatutnta klau korang zoom kat road tax kereta tu, korang akan dapat nampak benda ni



Kereta ni adalah kepunyaan seorang perempuan kat ofis aku.. Road tax dia dah tamat tempoh, jadi dia scan road tax lama tu, edit guna photoshop, print colour, pastu tampal kertas tu ke road tax lama dia.. Kira forge punya road tax lar ni.. Kreatif kan? tapi berani mati lar..

So pemenang untuk contest kali ini adalah
(tolong antar no tepon yg nak direload kan ke fadhli7983@gmail.com, yek)

Pada yang tak menang tu, jangan kecik ati sebab ujung bulan ni atau awal bulan depan aku ada contest BESAR punya.... Hadiah mencecah harga ribuan ringgit. Ha.. tungguuuuuu..




Friday, February 11, 2011

Saya sayang ayah saya

5 comments
Aku tetiba jadi sayu becampur sedih bila aku buka fesbuk aku pagi tadi.. Sebabnya, bapak aku post kat wall dia menda nih.

Tetiba jer, semua benda yg aku dah buat yg dah guris hati bapak aku flash balik kat depan mata aku.. ish.. Cemana lar aku nak tebus balik semua tu...

Walau apapun, Saya tetap sayang ayah saya.

Tolong.... Help...

1 comments
Sabtu dan Ahad selalunya hari cuti aku. Cuti ni dari kerja dan dari blog gak.. tapi aku nak hupdate gak arini.. Aku nengok skrang ni musim letak gambar dulu2.. aku pun nak letak ah nanti..

Sebenarnya aku ada satu hal nak mintak tolong pasal blog aku.. Sebelum ni, blog aku ni takder problem.. Tapi sejak seminggu nih, aku takleh nak bold kan benda yang aku tulis, tukar warna tulisan ker, takleh nak besar kan tulisan ker.. tak leh macam2 lar.. Aku takut aku ada tertukar setting kat mana2... Korang perna jumpa ngan masalah camni tak.. Any advice? Aku dah abis stress dah nih..

Tolong!!!! Tolong!!! Help!!! Help!!!

Thursday, February 10, 2011

Contest Kecik First Dari Aku

18 comments
Haaa korang... Aku arini berbesar ati nak buat contest kecik untuk korang semua. 1 pemenang je akan dipilih sebab aku tgh kedekut nih.. Pemenang akan menerima topup Rm10 untuk talian pilihan sendiri.

Hadiah ni kecik jer sebab contest ni pun kecik jer... Tak susah pun.. Jawab satu soalan berdasarkan gambar jer.. Takder syarat2 lain.. Tapi klau korang tekan button 'follow' blog ni, lebih afdal.. tak tekan pun takper..

Soalan:
Cuba tengok gambar no btul2.. Carik apa yg pelik dan terangkan cemana benda tu dibuat. Senang jer kan... sebab tu dapat topup RM10 jer. Aku baru je amik gambar ni lepas tghhari tadi dari kereta yg diparking dikawasan ofis aku nih.. Jawapan tulis kat bahagian 'comment' aku jer


update : aku baru sedar gambar takleh di perbesarkan.. skrang dah boleh. klik je kat gambar..

Pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan yg tepat atau hampir tepat. Klau ada lebih dari seorang, aku akan bagi pada yg first skali jawab dgn betul.... Happy 'teka'ing..

Tarikh tutup : 8 malam hari sabtu ni bersamaan dengan 12 Feb 2011..

hint : klau korang zoom gambar tu... lagi senang nak tgk.. pandai2 lar korang camner nak zoom

Aku, Dia & Vintage Contest

7 comments
Contest ini diorganize oleh http://komandthetypewriter.blogspot.com

Seperti yg aku bagitau sebelum ni, tangan aku tgh gatai masuk contest kawan2 blogger skrang nih. So, ini adalah salah satu contest yang aku join. Hadiah menarik wooo.. No 1 dapat camera 'fujifilm instax mini'. Rugi klau tak masuk.. Jadi, dengan skill aku yang tak seberapa ni, aku try lar buat gambar vintage special untuk contest ni..

Nak tau ngan lebih lanjut pasal contest ni, click HERE

Aku antar 2 gambar untuk contest ni. Gambar family aku sendiri nih..

1st pic

(sebelum)

(selepas)

2nd pic

(sebelum)

(selepas)

Disebabkan contest ni perlu tag 3 orang, aku pun ter'tag' orang2 kat bawah ni...



Wednesday, February 9, 2011

Tag + Blog Review

19 comments
Semenjak dua menjak ni.. aku dok tercari2 contest, tapi kebanyakan yangg best, kena tag blogger lain.. Klau aku buat contest pun, mesti aku nak participant tag blogger lain. Tapi itu lar masalah aku skrang...

Aku ni budak baru belajar lagi, dahlar baru, pemalu lak tu.. Oleh sebab itu, aku ni susah sket nak tag-tag orang ni. Kang aku tag, orang marah pulak.. Aku takut diorang cakap dalam hati camnih -->

Dia ni sapa nak tag tag aku.. macam lar femes sangat.. follower pun ciput..

Sebab tu aku cemas sket dalam bab2 nak tag orang ni. Aku rasa nanti aku nyusahkan orang lak walaupun blogger yg kena tag boleh jer tanak buat.

Untuk mengatasi masalah ni, aku come out dengan 1 solution. Lepas ni klau ada contest ke, apa ker yang aku perlu tag orang, aku akan tag sesapa jer.. lepas tu aku bayar balik dgn buat entry blog review untuk blog korang... Amacam? Best tak???

Tapi klau korang nak tag aku, tag jer.. . Aku lagi suka ...

So sesapa yang rasa nak kena tag + review tu, letak jer link ko kat part 'comment' post ni... nescaya aku akan tag & review korang nanti..




Blog review

6 comments
In my previous post, aku ada tagged 3 blogger lain semata2 nak join contest, tapi aku rasa bersalah yg melampau la plak. So, aku nak tebus balik ke'tagged'an aku tu ngan dedicate this entry untuk blog diorang. Jangan marah ye, kengkawan...

1st blog


Jard ni adalah antara blogger first skali yg aku kenal masa aku mula2 masuk 'world of blog' ni. Blog dia banyak mengajar aku cemana nak jadi blogger yang baik walaupun aku tak baik sangat. Banyak info boleh dapat kat sana. Dari nasihat, pengetahuan am, latest news sampai lar experience dia sendiri. Pendek kata, macam macam ada....

Dari segi design, blog beliau simple dan kemas. Aku suka.. aku suka..

2nd Blog



Blog yang kedua ni adalah blog sipot sedut. Beliau ada lah seorang yang single and available. Idea sipot sedot ni punya lar banyak, macam2 cerita dia post dalam blog dia.. Best plak tu. Sangat mesra alam.. So cepat2 lar follow dia punya blog...

Design wise, blog ini kemas dan ada gambar2 comel kat tepi2 blog beliau.. satu lagi blog beliau adalah sangat sejuk sebab ada salji.. cuba korang try tengok.. seriessss.. ada salji...

3rd blog


Yang ni lak adalah seorang ibu yang peyayang. Bahagian atas blog beliau penuh ngan gambar family dia jer.. Isi isi blog lak ada nasihat, ada pendapat, ada pasal personal life. Walaupun sebok uruskan keluarga, still ada masa untuk berblog.. Respek wooo....

Design blog beliau mainly warna pink. Banyak gambo anak2.. best.. best..


p/s: kesimpulannya: sori sebab tagged korang.. hehe

Tuesday, February 8, 2011

Saya nak first Give away from De'din

7 comments

Ni first time buat post untuk masuk contest.. Sebab aku nak first Give away from De'din.. Bukan susah pun.. Lagi pun , aku tgk, De'din org kedah, aku org penang.. kira dekat2 lar tuh... (ayat bodek)




So syarat2 untuk contest ni adalah seperti berikut :

1) Buatkan satu entri bertajuk 'Saya nak first Give away from De'din '
2)(Jangan lupa link blog De'din dalam entri tu)
3) listkan hadiahnya !
4) tag 3 blogger dan pastikan mereka mengetahuinya !
5) Dan tinggalkan link Entri Giveaway dibawah entri De'din tu

Tak susah kan.. Jom kita masuk ramai2..
Nak tahu lebih lanjut, layari blog De'din kat link bawah ni


Tapi yg susahnya, nak kena tag 3 orang tu.. aku dah lar budak baru belajar, tak kenal orang lagi.. So aku pakai tag je lar.. sapa yg kena tu, pandai2 lar.. aku siap post kat korang nyer shoutbox bagitau korang kena tag.. Sori yek..

aku tag :




How far would you go for love?

5 comments

Yesterday only, there have been 2 cases of suicide.. The first case involved a school student and the second case was a mom.. However, the 2nd case boleh lar difahami sket2 coz makcik tu ada history of mental illness...

Apa yg aku takfaham, yg budak skolah tu.. According to the news, the problem emerged over a failed relationship.. Klau putus cinta skali pun, takkan sampai nak bunuh diri... Rupa2nya banyak gak orang Malaysia ni yang ada mental health issues..

For me, I wouln't go that far just for lurve. Its not worth it. They should think about the loved one they they would leave behind. Orang lain pun sedey gak.. tapi .. Find someone to talk to.. Ramai orang yang boleh lend their ears for you.. Kalau takder kawan sangat.. spit it out dalam blog pun, boleh gak.. Ramai jer geng2 blogger ni pujuk nanti...

How about u? How far would you go for love?

Heels Attack!!

3 comments



This is crazy. A girl attacked a 34 y/o woman by stamping her stiletto heels on the woman's face.. Heel tu masuk mata woman yg kena attack tu. Just imagine, heel tembus mata.. Crazy, aight..? Lebih2 lagi klau heel tu macam gambar ni.. Ngilu, beb.... Anyways, it's a crazy world after all..



Moral of the story : Jangan carik gaduh ngan orang yg tgh pakai high heels...

Monday, February 7, 2011

Mencari Contest

5 comments
This week, rasa cam gatai tangan lak nak masuk contest dari blogger2 lain.. Never tried any contest before but thinking to start now. Better late then never, right.. Bukan harap nak menang pun, but klau menang apa salahnya.. :p Main intention is just to fill up this blog yg dah berhabuk ni.. Seronok tengok blogger lain buat contest and blogger lain menang.. Who knows.. in future maybe, it's my turn lak untuk buat contest... When the time comes, I do hope others would join mine too..

So.. Anybody ada contest yang best2 tak? Tak kesah lar hadiah apa.. Asalkan contest...

p/s : Rasa2nya, klau aku buat contest, ada orang masuk tak?

Sunday, February 6, 2011

Fix Your 'Friend Connect' Setting

3 comments

Lately, I've been doing some blogwalking. I usually went to another blog through google connect from another blog. However, some of the bloggers, don't have their links on it. Its a loss, really.. Because for me, that's how I go to a stranger's blogs.

So what u should do is :

1) Check whether your links is displayed or not when somebody click your icon through the google connect. If it's there.. then, bravo.. you have nothing to worry about.

2) If its not there, all you have to do is click at the 'option' link beside your cute tiny icon on google connect.

3)Choose 'site setting' and check whether you're using blogger profile or not.

4) Click 'Change' and make sure it use your blogger profile.

And you're done :)

Most Dangerous Road

2 comments
Take a look at some of the world's most dangerous road in the world. Real scary, isn't it?..

1) The Death Road ( Bolivia )


2) Guoliang Tunnel Road ( China )


6) Sichuan-Tibet Highway (China)

7) James Dalton Highway (Alaska)

8) Trollstigen (Norway)

10) Stelvio Pass Road Trollstigen ( Italy)



Friday, February 4, 2011

SPCA & Contest

3 comments

Just got back from SCPA @ Ampang. Actually we already went there yesterday. At first, our intention is just to see cats, however, I don't know how, we end up adopting one. Honestly, I am not a fan of cats but my wife is. Everyone on her family does. To make the story short, we went there just to take home the cat. It's a persian cat. I'll post more about it later.



Another thing, yesterday, we cleaned up a room in our apartment to make room for the new addition to our family. And I found a lot of old and surprisingly new stuff on which I have totally forgotten the existence of it. So here comes the best part. In the near future, I might hold some contest for my blog. So just stay tuned.. :)


 

Journey 2 Millions Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template