Monday, December 10, 2012

The Comeback ~~ korang mesti rindu aku kan?

1 comments
Dah bertahun tahun blog ni kena tinggal. Macam macam dah jadi. Aku skrang pun dah lain.

Meh aku citer beza aku dulu ngan sekarang. Dulu tu masa aku aktif tulis blog compare ngan skrang yg makin dah malas. Dulu aku besar giler.. 105kg. Skrang dah 64 kg. Hasil usaha gigih diet + excercise.

Dulu2 aku kerja ngan company kecik2 jer.. Skrang dah kerja ngan Astro. Dapat Astro free semua channel :P Dapat tengok artis :p

Dulu aku tinggal bertiga, dengan isteri ngan anak perempuan. Sekrang aku tinggal ngan anak perempuan jer. Kira jadi single father lar skrang. Susah gak sebenarnya jaga anak sorang2 ni.

 Itu jer kot yg berubah, yang lain cam sama jer.. aku tetap malas update blog, tapi nak cuba start rajinkan diri balik. Sempena nak masuk tahun baru ni, azam aku adalah untuk mengaktifkan blog ni balik. So kepada yg sentiasa mengfollow aku tu, tima kasih yer.. sebab korang tak unfollow walau pun aku tak aktif. Kepada yg tak pernah follow tu, followlar aku sebab aku nak aktif balik ni. Hahaha.

Tuesday, March 13, 2012

Lucky Draw @ TradeMe.com.my .. Jom Join..

2 comments


Dah bersarang dah aku tgk blog aku nih.. Lama giler tak update..

Korang pernah dengar pasal TradeMe(www.trademe.com.my) tak? Mesti tak pernah dengar kan.. Slogan untuk TradeMe ni, 'The Marketplace of Malaysia'. Maknanya korang boleh letak iklan atau cari barang yg korang nak beli kat sini lar.. ala ala macam Mudah lar.. macam yellow pages pun ada gak

Ni kira salah satu directory service yang paling latest yang ada kat Malaysia sebab TradeMe ni baru je launch. Siap ada Lucky Draw lagi.. Hadiahnyer Galaxy Tab ngan Nokia Lumia, Yang menariknya, untuk entitled masuk lucky draw ni, cuma perlu sign up, post, pastu klik 'like'. Haha .. Cabut undi plak akan start bila dah ada 500 org register untuk site ni.. Senang tak?

So jom ramai2, kiter masuk lucky draw ni.. Post jer iklan apa2 kat situ, nak senang, post iklan blog korang. Dapat gak backlink nanti.. haha..

Pastu, klau korang nak TradeMe cabut nama korang cepat2, korang share lar info ni ngan org lain. Lagi ramai yg sign up, lagi cepat lar Lucky Dray ni start.. :)

Sunday, September 18, 2011

Ding dong.. My first iPhone App .. :)

7 comments
Ding dong.. ding dong... setelah berbulan2 blog ni tak diupdate, akhirnya dapat gak aku update balik.. Masa aku tak update, aku tgk banyak lak campaign nuff nang bagi.. Time aku aktif dulu, susah btul nak dapat satu pun.. Diorang memang suka bagi campaign kat blog yg tak aktif ke?

Kawan-kawan, aku nak bagitau sepanjang aku menghlangkan diri aritu, macam2 dah jadi.. banyak yg nak cerita kat sini tapi nanti2 lar kay.. Aku skrang dah bertukar tempat kerja & pencapaian yg paling best adalah, first iPhone app yg aku develop untuk my previous company dah ada kat appstore :) Korang2 yang pakai iPhone tu bolehlar try download app ni sebab app ni free..

Kat bawah ni adalah penerangan yg aku ciplak dari website app tu.. App ni pun available untuk android kat android market. Tapi android nyer bukan aku yg buat.. Aku buat iPhone nyer jer.. so klau korang nak try, korang boleh try, tanak pun takper.. Aku bukannya rugi apa2 pun :)

Klau korang ada idea2 yg fresh untuk iPhone app, sila lar kongsi ngan aku,.. Mana tau klau best boleh aku tolong buat.. Untung boleh bagi sama rata.. hehe






MyKouponz is a FREE Smartphone application currently available for iPhone, iPod Touch, Android, Windows Phone 7 and BlackBerry phones. With MyKouponz you can Buy, Share, Redeem & ManageDaily Deal discount coupons as seen on your favorite discount sites like Dealmates.com.my,EveryDay.com.my, Funtora.com, Groupego.com.my, ILoveDiscounts.my, JackCow.com,Joydeals.com.my, Koupon.com.my, QPon.com.my & many more.



Monday, March 28, 2011

Contest Dari 'Lady Ethel Blogshop'

10 comments
Setelah berkurun lamanya blog ini tak diupdate, aku mulakan entry kali ini dengan meng'join' contest dari blog 'Lady Ethel Blogshop'. Beliau adalah atara blogger terawal yang aku kenal masa mula2 start blogging.. Meh kita join reramai. Tarikh tutup nak dekat dah ni.. Sampai ujung bulan 3 ni je. So cepat2 lar join yer.. Hadiah pun best... :)


Syarat2 contest ni senang jer..

1) Cipta nama kreatif dari akronim JEM.
2) Buat tagline untuk blogshop tu.
3) Pastu canang2kan peraduan tu pada semua orang..

So ini adalah entry aku..

JEM - Jovial Eternal Miracles

Tagline : …sparkle with charm, priced for your attention

So kepada yg nak join tu sila lawat blogshop beliau yang baru DISINI.
Sambil2 tu , lawat lar gak blog personal Joethel ni

p/s: Sorry yer kengkawan.. Lama tak update sebab terlalu bz ngan kerja..




Monday, March 7, 2011

Terima Kasih Wanita..

19 comments

Korang tau tak? Hari ni Hari Wanita Sedunia. Aku rasa tujuan hari special ni diadakan adalah untuk menghargai jasa1 wanita di seluruh dunia. Aku tau mesti ramai yg cakap hari2 lain pun kena hargai gak.. tapi ada tak korang tunjukkan yg korang hargai wanita masa hari2 lain.. Takder kan? So sekurang2nya, hari ini boleh mengingatkan kita betapa pentingnya jasa diorang.

Aku pasti, wanita ni banyak merubah hidup seseorang lelaki tu. Tak semestinya bini atau awek. Yang paling utama yang membentuk hiduo kita selama ni adalah mak kita. So jangan lupa ucap tima kasih.. Bukan tetiap ari korang ucap terima kasih pun.. Pada yang rasa2 ada wanita lain yang mengubah hidup diorang, sila ucap terima kasih pada mereka gak yer..

So, Happy International Women's Day kepada kamoo yang tgh baca blog ini yek..

p/s: Tapi aku heran, klau International Women's Day ada, kenapa takder International Men's Day?


Saturday, March 5, 2011

Korang nak kurus tak?

12 comments

Dah 4-5 hari aku tak update.. Sebabnya, aku bz gilaaa..... Meh aku update skrang. Arini aku nak membincangkan topik ubat/jus/pil/teh kurus.. Tetiap ari kita leh tgk kat tv, kat paper pasal ubat2 kurus ni.. Macam2 jenis ada.. Ko rang percaya tak menda2 nih boleh buat korang kurus?

Aku tgk ada yang claimed, produk diorang boleh membantu peng'kurus'an tanpa perlu control makan. Makan cam biasa tapi minum produk diorang. Itu kata diorang.. Apa pulak kata anda? Sbg contoh, satu produk 'juicemet 6'(bukan nama sebenar) guna marketing plan yg aku bagitau tadi. Cuba fikir logically.. Boleh ker? Makanan yg dimakan tu badan simpan kat mana? Tak logik kan.. Klau makan banyak, gemuk lar. Klau makan sket, kurus lar.. Itu konsep aku.

Klau pil kurus mcm 'doremon'(buka nama sebenar) boleh lagi aku percaya sebab pil tu hilangkan selera makan untuk 1-2 hari. So kita kurang makan. Tapi mesti ada long term side effect. Klau nak amek gak, tanggung sendiri lar..

Jadi apa2 pun, yg paling baik adalah natural way. Kurangkan makan, tingkatkan kecergasan.. :)

Tuesday, March 1, 2011

Kerja Best

11 comments

Aku tersangat lar BZ hari ni.. Jadi sorry yer klau aku kurang berbolgwalking.. Korang rasa best tak klau kerja kita ada kaitan dengan benda yang kita suka. Sebagai contoh, semorang suka main Fesbuk. Kan best klau kerja kita macam facebook tester ker, atau carik flaws dalam fesbuk ker..

So, nak citer sket, recently bos aku suruh aku buat Iphone application. App ni kena integrate ngan fesbuk & twitter.. Jadi, aku kena masuk fesbuk and twitter untuk memastikan kerja aku menjadi.. Hahaha.. So skrang aku dah ada kerja best.. Bukak fesbuk depan bos aku pun takper.. Aku suka kerja aku skrang...

Korang suka ker kerja korang

Monday, February 28, 2011

Tua ke aku ni?

22 comments

Korang tau tak tanda2 yang menunjukkan korang dah tua. Tua kat sini bukan bermaksud tua cam atok nenek tu.. Perjalanan hidup kita akan melalui beberapa stage. Stage yang pertama adalah baby, tapi ada sestengah orang sampai tua pun jadi baby lagi sebab bopren/gepren diorang panggil diorang baby lagi. Seterusnya kanak2, pastu remaja dan kemudiannya tua.. So, tua kat sini subjektif. Kita tak tau bila tua ni start ,tapi ending dia bila kita dah tak bernyawa nanti.

So berdasarkan pengalaman aku, aku tau aku dah tua bila perkara2 ni terjadi kat aku.

1) Bila bebudak terserempak ngan aku, diorang panggil aku pakcik. (Nak je aku sekeh bebudak tu..)

2) Bila nak pilih year of birth dalam online form, aku terpaksa scroll jauh ke bawah.

3) Bila aku tgk drama tv, pelakon yg sama umur ngan aku berlakon jadi bapak/mak budak.

Korang rasa korang dah tua? Apapun, hati aku masih muda.. Btw, aku bukannya tua sangat.. Belum 30 pun lagi..





Sorry, yek

14 comments

Aku nak tanya ni.. Korang senang tak nak mintak maaf? Kadang kadang bukan silap kita, tapi untuk meng'cool' kan suasana, kita akan mintak maaf gak, kan.. Aku lak slalunya bergantung kepada keadaan. Bergantung kepada orang yg aku mintak maaf. Kadang2 senang, kadang2 susah gak... Selalunya senang je nak mintak maaf ngan orang luar, tapi klau ngan sedara sendiri atau bini, susah btul.. Sebab ego ke?

Ada orang kata 'Saying you're sorry is a sign of weakness'. Tapi bagi aku statement tu merepek. Klau kita berani cakap sorry, itu menandakan kita ni kuat lar patutnya, sebab bukan senang nak cakap sorry.

Apa kata korang?

p/s: Aku tak faham lar, cemana blogger2 yang otai otai macam korang yg tgh baca ni ada idea untuk update blog korang hari2.

Sunday, February 27, 2011

Nuff Vs Adsense

14 comments


VS



Aku dah lama tak dapat campaign dalam Nuff ni.. Rasa cam nak tukar pun ader.. Korang rasa kenapa yek? Tak best ke blog aku? Aku tau lar blog aku tak seotai blog2 lain, tapi bagi can ah sket..

Kalau pakai adsense, sekejap jer dapat duit.. Tapi tak sebanyak Nuff lar kot.. Korang ada experience pakai Adsense tak? Mana lagi best? Aku rasa cam nak tambah iklan Adsense tapi sayang lak ngan satus Glitterati tu..

So korang rasa mana lagi best? ke sama jer?

Merantau ke Taman Arnab

9 comments
Semalam aku tak update sebab aku gi merantau. Merantau ke Negeri Sembilan jer. Sebenarnya gi melawat makcik2 aku. Untuk pengetahuan korang, mak aku orang n9. So, aku ada banyak makcik yg still tinggal kat sana.

Tujuan utama aku gi n9 semalam adalah disebabkan tahap kerinduan yang melampau terhadap daging salai masak lemak. Muahahaha.. Sedap wooo makcik aku buat..

Kebetulan lak, salah sorang makcik aku ni pencinta arnab. Kawasan rumah dia dah macam taman arnab dah.. Baby arnab pun ada berpuluh2 ekor.. Series... Cuba korang tengok..













Tapi klau yg besar tu.. fuhhh.. GORENG PUN SODAP!!!

Thursday, February 24, 2011

GiveAway EdY : KATA KAU!

13 comments
*Update : Sebenarnya aku masuk contest ni sebab di TAG oleh Eja. Sila klik SINI untuk terjah entry tu (Sori, lupa nak gitau)

Contest lagi!!! Kali ni aku nak masuk contest dari Edy. Aku rasa semorang dah tau pasal contest ni. Kepada sesapa yang tau tau, boleh klik SINI untuk ke contest tersebut.



Syarat syaratnya senang jer. Cuma amik banner contest, letak kat blog. Curik satu gambar dari blog beliau, buat caption yang menarik, folo blog beliau, pastu tag sorang kawan.. Senang kan. Takyah susah2 gi amek gambar. Hadiah2 pun menarik nih..

So ini adalah gambar yg aku curik dr blog beliau. Dan dibawah gambar tu adalah caption aku yang ntahapaapantah..



Alamak!!! Terlebih Sudah..


Memandangkan contest ni kena tag sorang, dengan segala hormatnya, aku tag


Kepada yang tak di tag tu, jomlar reramai memeriahkan lagi contest ni

Bila Perempuan Berkata-kata

17 comments
Ini adalah entry counter attack berdasarkan entry cik eira dgn tajuk 'bila lelaki berkata-kata'. Korang boleh tengok entry beliau di SINI.. Aku saja buat untuk merapatkan silaturahim antara blogger.. hahaha..

Kalau lekaki hensem pendiam
Perempuan akan cakap : sombong giler mamat tu, perasan hensem lar tu.. .

Kalau lelaki tak hensem pendiam
Perempuan akan cakap : baik nyer mamat tu !

kalau lelaki hensem berbuat jahat
Perempuan akan kata : lelaki hensem memang semua jahat.. Casanova..

kalau lelaki tak hensem berbuat jahat
Perempuan cakap : dah la tak lawa , perangai pulak huduh . teruknye . benci !

kalau lelaki hensem menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap : hensemnyeerr.. gentleman lagi.. .

kalau lelaki tak hensem menolong prempuan yang diganggu
Perempuan akan kata : nak tunjuk hero lar tu.. terima kasih je lar.. .

kalau lelaki hensem dapat perempuan lawa
Perempuan akan kata : perasan lawa lar tu, aku lagi lawa.. .

kalau lelaki tak hensem dapat perempuan lawa
Perempuan akan kata : padan muka ko, pompuan.. !

kalau lelaki hensem ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : ahah.. aku dah ada chance dah :) .

kalau lelaki tak hensem ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : patut pun kena reject, aku pun tak hingin

kalau lelaki hensem sayang binatang
Perempuan akan cakap : sweetttttttt....

kalau lelaki tak hensem sayang binatang
Perempuan akan cakap : lembut ke? tak pun mesti gay kan.i .

kalau lelaki hensem bawa BMW
Perempuan akan cakap : wow.. hensem + gentleman btul mamat tu.. .

kalau lelaki tak hensem bawa BMW
Perempuan akan cakap : bapak dia punya kereta lar tu .

kalau lelaki hensem tak mau bergambar
Perempuan akan cakap : control macho btul.. Benci!.

kalau lelaki tak hensem tak mau bergambar
Perempuan akan kata : sko tanak, aku pun tak hingin .

kalau lelaki hensem menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap : wow.. gentleman, rare breed nih.. .

kalau lelaki tak hensem menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap : tak payah lar, aku leh tuang sendiri .

kalau lelaki hensem bersedih hati
Perempuan akan cakap : kesian.. jangan sedih, aku kan ada.. .

kalau lelaki tak hensem bersedih hati
Perempuan akan kata : ko nak bunuh diri pun aku tak heran .

kalau lelaki hensem masak
Perempuan akan kata : sedapnyeerrr.. (walaupun lepas tu muntah2) .

kalau lelaki tak hensem masak
Perempuan akan cakap : ko rasa sedap ke ko masak nih??

kalau lelaki hensem main-main miss call
Perempuan akan kata : wow aku ada peminat.. .

kalau lelaki tak hensem main-main miss call
Perempuan akan cakap : siap ko, aku bar nombor ko dari call hp aku

kalau lelaki hensem hantar-hantar email
Perempuan akan kata : sukenya . mesty syok kat aku lah ni .

kalau lelaki tak hensem hantar-hantar email
Perempuan akan cakap : SPAMMMM!!! .

Cemana? Korang termasuk tak dalam golongan nih?

p/s: Entry ini adalah untuk hiburan semata2. So takyah lar sesapa pun nak terasa, kay..

Wednesday, February 23, 2011

Early Update

7 comments
Arini aku start update awa;. Kenapa? Sebab arini aku tak masuk ofis. Aku kena gi conference mengenai Windows Mobile 7 kat Microsoft office @ KLCC. Windows Mobile 7 ni adalah the latest operating system dari windows untuk smart phone. Klau aku rajin, malam nanti aku kan update pasal event ni. Tapi klau aku malas, esok je lar...

Aku sebenarnya malas nak gi KLCC pagi pagi. Aku stay kat Cheras. Seperti kebanyakan orang tahu, Cheras housing area. Banyak orang tinggal kat sini, tapi kerja kat tengah KL tu. So faham2 je lar.. Jem nyer teruk btul.. Aku budget aku sampai klcc dalam masa 1 jam setengah. Padahal bukan jauh pun.

Yang best nyer, conference macam slalunya ada giveaway yg best2. Tapi slalunya kena jawab soklan dulu atau sometimes ada lucky draw. Lat time aku pergi aku dapat, Windows 7 Ultiimate and PSP special edition. So harap2 ada lar rezeki aku lagi ari.. :)

Sampai bertemu lagi..

Tuesday, February 22, 2011

Panjat Dinding

17 comments
Pagi tadi aku tak sempat nak update.. Sebabnyer, aku masuk ofis lewat.. Maklumlar, bos tengah takder.. Dalam kul 12, baru sampai. Sampai2, bukak laptop, kluar balik gi wall climbing kat Putrajaya Challenge Park. Korang permah gi tak? Korang tau tak, itu adalah indoor climbing yang terbesar kat asia.

Aku gi sana dalam seminggu skali jer. Tak larat nak gi tetiap ari. Aku pun bukannya terer nak panjat2 dinding ni.. Baru belajar lagi.. Adalah dalam 6 bulan. Klau gi memalam, ramai orang.. Klau gi siang2 hari bekerja memang takder orang. Klau ada pun, maknanya orang tu student atau curi tulang cam kitorang... Sebab tu aku suka gi siang2.. Kasut climbing pun aku beli kat ebay jer.. Murah sket

Meh kiter tengok shot2 gambar kat situ.

Ini adalah wrist tag. Bila korang bayar, korang dapat benda ni. Ni warna untuk student sebenarnya. Walaupun aku dah lama tak jadi student, aku still gunakan student card kolej lama aku bagi menampakkan ke'student'an aku. Student kena bayar RM3 jer. Normally RM6. Harga peralatan dikira berasingan.


Yang ni lak adalah wall2 yang ada kat situ.. Ada banyak lagi, tapi aku amik gambar 2 jer.. Kedekut memory card..

So, korang2 yang tak nah pergi tu, sila lah pergi yek.. Klau nak pergi, jangan lupa ajak aku skali..


Monday, February 21, 2011

Hari Berfikir Sedunia

17 comments

Korang tau tak, hari ni sebenarnya ada hari 'World Thinking Day'. Perayaan ini selalunya disambut oleh Girl Scout. Tujuan hari ini diadakan adalah supaya kita dapat berfikir mengenai kawan2 kita, tentang masalah2 yang terjadi di other part of the world dan juga dapat bertindak diatas apa yg kita fikirkan..

Korang faham ker apa yang aku tulis kat atas tu.. Aku pun tak faham.. Haha.. Susah btul aku nak terangkan pasal world thinking day tu. Aku lak skrang tengah fikir pasal apa nak buat satu hari ni sebab bos aku takder.. Kerja pun dah tak banyak dah.. haha.. Ingat nak kluar jap gi jenjalan ke, wall climbing ker, apa ker.. Tengok ah camna nanti..

Korang lak tengah fikirkan pasal apa?

Aku Bukan Otai

11 comments
Rasa cam best lak bila Bro Hasrul masukkan blog aku kat entry dia. Klik SINI untuk ke entry terssebut. Sebab aku anggap dia ni antara otai-otai yang menarik cara penulisannya. Nama blog pun menarik -> Bangku Kosong. Nak tau apa maksud Bangku Kosong, korang gi lar terjah blog dia sebab aku pun taktau maknanya. Ni link blog beliau


Tapi apapun aku sebenarnya bukan otai blog, seperti Bro Hasrul tu cakap. Walaupun blog aku ni dah start sejak 2009, jumlah entry aku baru 100++. Aku start berblog mula2 dulu sebab lecturer English aku dulu, Mr Mus, galakkan kitorang berblogging. Siap ada extra marks lagi.. Haha.. Sebabtu, klau korang tgk entry aku sebelum tahun ni, semua dalam English. Tahun ni baru aku start dalam bahasa melayu. Tapi English ke, Malay ke yang penting ikhlas.. Btul tak kengkawan?

So kepada otai2 blog tu, silalar beri tunjuk ajar, kay..


Sunday, February 20, 2011

My Sleeping Angel Contest

12 comments
Aku nak masuk contest ni lak.. Sebab macam best jer adiahnyer.. Best untuk orang yang ada anak kecik atau adik. Klau takder tu korang leh masuk gak.. Klau menang bagi hadiah tu kat aku.. Jasamu kan ku hargai.. Hahaha..

Korang boleh join contest ni gak dengan pergi ke sini http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/02/my-sleeping-angel-contest.html

Syarat2 contest ni senang jer.. Kena like fesbuk page beliau, folo blog2 beliau, pastu upload gambar budak tgh tido. Last skali tag blogger2 lain..

Disebabkan, contest ni tak menyatakan berapa banyak gambo leh upload, so aku masukkan 2 keping gambo. Harap2, mana yg terbaik akan dipilih...






Dan seterusnya.. Disebabkan contest ni memerlukan 5 orang untuk di tag, ini lar blogger yang aku tag secara RANDOM.. MUAHAHAHA.. Pandai2 korang lar..


p/s:Fesbuk ID : Fadhli Hasim

Aku

14 comments
Semalam aku tak update. Sebabnya aku cuti. Hari sabtu & ahad, aku memang malas sket. Blogwalk pun sket2 jer.. Sorry yek klau aku tak reply comment ker, tak jalan balik ke blog korang ker, apa apa ker.. Aku nak citer sket pasal life aku dalam entry ni..

Siang- siang aku kerja sebagai programmer kat Serdang. Tak best pun kerja programmer ni.. Menambah sakit kepala jer.. Sebab tu aku selalunya blogwalk ngan tulis entry time siang2 hari bekerja.. Kononnya nak rileks sket dari kerja.. Bila aku balik rumah, memang aku jadi malas. Malas ni merangkumi semua termasuklar malas nak update blog.. Aku slalunya tengok tv, pastu tido..Macam tu lar rutin harian aku. Klau cuti lak, awal bulan slalunya aku gi jenjalan ngan family.. Hujung bulan, aku duduk umah layan cd jer.. haha.. Biasalar.. Typical Malaysian..

Tapi semalam, dalam kul 12 tghhari, aku gi putrajaya, main badminton kat Dewan serbaguna Presint 11. Ok gak tmpat tu.. Orang tak ramai sebab ada 2 court jer.. Kitorang conquered 2-2 court tu.. Kat bawah ni gambar suasana kat court tu, tapi aku takder dalam gambar, kay.. sebab aku tukang tangkap gambar jer.. :p


Aku sebenarnya takder idea nak tulis entry pagi ni, so aku merepek je lar.. haha.. Terima kasih sebab sudi baca..



Friday, February 18, 2011

My Four

14 comments
Miss Joethel tag aku untuk list kan my FOUR.. So just read along…

four shows you watch
American Idol
Nikita
No Ordinary Family
The Walking Dead

four things you are passionate about
Movies
Coding
Learning New Stuff
Blogging


four phrases you say a lot
Basically..
ye kot..
ntah..
wei..


four things you've learned from the past
Don't judge a book by it's cover
Think before you act
Keep an open mind
First impression is important

four places you would like to go
London
New York
Paris
PENANG!!

four things you did yesterday
work
main pingpong
tgk Astro
Brush my teeth

four things you are looking forward to
New job, definately
New skills
Lots of money
MacBook Pro :p

four bloggers who should share their list of fours
I don't have the specific four but I tag every single one of u who are reading this!
MUAHAHAHAHA
 

Journey 2 Millions Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template